Video korporat Matri 03/22/2011
Video ini merupakan cetusan idea Allahyarham Al-fadhil Dato Ustaz Dahlan bin Mohd Zain, pengasas dan Mudir MATRI, dihasilkan oleh Unit ICT dan Multimedia MATRI. Atas ketentuan ilahi, Allahyarham tidak sempat melihat video ini kerana telah dijemput menghadap Ilahi pada tahun 2010. Kini, Mudir MATRI ialah Al-fadhil Ustaz Omar bin Haji Salleh. Video ini masih lagi dalam proses pembikinan dan penambahbaikan, dan insyaAllah, akan turut dihasilkan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Arab sekiranya masa dan modal mengizinkan. Add Comment MATRI akan menganjurkan Larian MATRI 2011 pada 26 Mac 2011 bagi peserta lelaki dan 27 Mac 2011 bagi peserta perempuan. Larian MATRI bertujuan memupuk ukhuwah dan semangat kerjasama di kalangan kakitangan, pelajar, ibu bapa dan individu yang simpati dengan MATRI. Selain itu, Larian MATRI juga bertujuan menanam sikap menderma di kalangan umat Islam disamping bertujuan mengumpul derma bagi mengisi Dana Pembangunan MATRI, PIBG dan Yayasan MATRI. Larian MATRI ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu: a) Kategori pelajar putera menengah bawah (Ting 1,2 dan 3) b) Kategori pelajar putera menengah atas (Ting 4,5 dan Khassah) c) Kategori bapa, waris penjaga dan kakitangan MATRI. d) Kategori pelajar puteri menengah bawah (Ting 1,2 dan 3) e) Kategori pelajar puteri menengah atas (Ting 4,5 dan Khassah) f) Kategori ibu, waris penjaga dan kakitangan MATRI. Peserta kategori pelajar mestilah mempunyai penaja dengan sekurang-kurangnya RM 10.00 bagi setiap tajaan dan nilai setiap kad yang diedarkan ialah RM 5.00. Kad ini akan dipungut oleh guru tingkatan selepas cuti persekolahan dibuka. Hadiah-hadiah akan diberikan bagi setiap kategori meliputi tempat pertama sehingga ke tempat ke 10, manakala bagi hadiah kutipan terbanyak diberikan kepada tempat pertama hinggalah ke tempat ketiga. Para waris, ibu bapa serta orang ramai dijemput untuk menyertai Larian MATRI ini. |
RSS Feed